PENGALAMAN HIDUP YANG SUKAR DILUPAKAN

A small sceneric Beach on Pulau Aur

A small sceneric Beach on Pulau Aur (Photo credit: Wikipedia)

English: Beach near Mersing. One of the little...

English: Beach near Mersing. One of the little bays for casual snorkeling. (Photo credit: Wikipedia)

Flag of Johor. The colour blue represents the ...

Flag of Johor. The colour blue represents the State Government, the colour red for warriors defending the state, the white crescent and 5-sided star represent the monarchy and Islam. (Photo credit: Wikipedia)

Atlantis bay and one of the Dive Boats

Atlantis bay and one of the Dive Boats (Photo credit: vetnoir)

DSC_2612.jpg

DSC_2612.jpg (Photo credit: Nicolas Lannuzel)

Apabila bercerita mengenai Pulau Aur, pasti hati terdetik teringatkan keindahan pantainya yang memutih, lautnya yang berwarna biru kehijauan apatah lagi lambaian pepohon nyiur yang seolah-olah mengajak hati sekali lagi menjengah ke sana.
Persekitaran yang nyaman, menyejukkan mata dengan tarikan khazanah laut yang pelbagai menjadikan gugusan pulau itu sesuatu yang unik dan pengalaman berada di sana ibarat boleh ditulis dalam diari untuk kenangan.
Itu mungkin gambaran kasar bagi mereka yang hanya menyukai ‘daratan’. Namun bagi penyelam skuba dan penggemar aktiviti snorkeling, lautan dan dasarnya menjanjikan pengalaman yang sukar untuk dilupakan.
Bagi yang bosan dengan kehidupan bandar yang sesak dengan bangunan dan kenderaan lalu-lalang, Pulau Aur adalah lokasi ideal kerana tiada kenderaan, tiada talian telefon apatah lagi Internet, tiada bunyi bising selain bunyi ombak menghempas pantai dan tiada bangunan pencakar langit.
Pulau Aur yang terkenal di kalangan peminat aktiviti menyelam itu terletak kira-kira 70 kilometer dari timur Mersing dan merupakan satu daripada 13 pulau yang diwartakan sebagai Taman Laut Johor.
Pulau yang merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut China Selatan itu menyimpan khazanah laut yang unik dan pelbagai termasuk ikannya yang berwarna-warni serta terumbu karangnya yang menarik dan cantik.
Pulau yang berhampiran dengan beberapa pulau lain iaitu Pulau Dayang, Pulau Pinang dan Pulau Lang itu memakan masa empat hingga lima jam perjalanan dari jeti Mersing menggunakan bot katamaran (kecil).
Antara spesies ikan yang ada di dasar pulau berkenaan adalah ikan alu-alu (barakuda), Manta Rays, Whalesharks dan Bumphead. Malah Pulau Aur dan pulau-pulau sekitarnya mempunyai 18 tempat menyelam yang terkenal cantik.
Antara lokasi selaman tersebut adalah Rayner Rocks, Pulau Lang, Pinnacle dan Teluk Meriam.
KEJERNIHAN air laut menarik minat penyelam untuk menyelam di perairan sekitar Pulau Aur.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s